Menutup Aurat
Apakah dia maksud menutup aurat?
Menutup aurat adalah
salah satu kewajiban bagi semua umat Islam. Setiap umat Islam hendaklah menutup aurat dari pusat hingga ke lutut bagi lelaki dan
bagi perempuan pula dari keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi
ada juga dari sesetengah perempuan yang beragama Islam masih belum mahu
menutup aurat dengan atas alasan yang tidak munasabah. Dengan adanya mahkamah syariah di dalam negara kita, maka itu undang-undang menutup aurat sepatutnya dititik beratkan atau lebih diketatkan lagi bagi kaum perempuan.
Kenapakah mereka perlu menutup aurat?
Menutup aurat itu adalah wajib dan tidak ada bezanya
dengan menunaikan solat 5 waktu, menunaikan ibadah puasa, membayar zakat fitrah
dan menunaikan ibadah haji. Di dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 31 dan surah
Al-Azhab ayat 59 yang telah dijelaskan bahwa kewajiban menutup aurat untuk perempuan
muslim yang sudah sampai akil baligh. Namun, ramai perempuan muslim pada masa
sekarang ini tidak mengambil berat tentang memakai pakaian yang menutup aurat
dengan sempurna. Di antara mereka yang lebih suka dan terpengaruh mengenai
ciri-ciri pakaian yang berfasyen masa kini, terutamanya pada fasyen yang
datangnya dari barat. Di dalam Islam tidak melarang jika sekiranya sesetengah
kaum perempuan ingin memakai pakaian yang berfesyen pada masa terkini di zaman
moden ini. Tetapi pakaian tersebut itu biarlah digunakn daripada kain yang
tidak terlalu nipis atau jarang dan rekaan bentuk pakaiannya itu mestilah yang
menuntup keseluruh badan kecuali muka dan tapak tangan dan tidak terlalu ketat sehingga
menampakkan bentuk tubuh badan.
Corak dan warnanya hendaklah sederhana tidak terlalu
terang yang hingga mendatangkan tarikkan kepada orang yang melihatnya.
Jika syarat-syarat tersebut ini telah pun dipenuhi maka ianya tidak menjadi
masalah kepada perempuan muslimah untuk menampilkan dirinya dengan pakaian yang
mematuhi cita rasa semasa dan pada masa yang sama tidak bertentangan deangan
syariat Islam.
Bagaimanakah
caranya mereka untuk menutup aurat?
Cara untuk menutup aurat ialah apabila hati mereka sudah terbuka untuk menutupnya dan niat mereka
haruslah betul sama ada benar-benar ingin menutup aurat dengan sempurna atau hanya semata-mata. Ianya bukan mudah
untuk menjadi perempuan yang muslimah, ia memang mengambil masa
yang sangat lama untuk menjadi perempuan muslimah. Ianya juga banyak
dugaan salah satunya ialah ujian yang
telah diberikan oleh Allah dan mereka haruslah bersabar untuk menumpukan ujian
yang diberikan oleh Allah kerana Allah sayangkan orang yang selalu bersabar.
Kebaikkan menutup
aurat
Supaya terhindar dari maksiat
Terlalu banyak maksiat terhadap kaum perempuan
mengenai tingkah laku mereka sendiri. Oleh kerana itu, perempuan adalah
merupakan fitnah atau godaan yang besar. Pada zaman Rasulullah S.A.W, perempuan itu adalah merupakan fitnah yang paling besar bagi lelaki dan pada zaman
ini perempuan lebih mementingkan hijab mereka dan tidak banyak lelaki jahat
pada saat itu. Maka itu, bagaimanakah dengan perempuan pada zaman masa ini?
Sudah pasti ianya akan menjadi masalah bagi perempuan.
Perempuan yang memakai hijab adalah
umpama seperti bidadari syurga
Perempuan yang memakai hijab akan memiliki sifat
seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan mereka, tidak pernah
disentuh oleh mana-mana yang bukan mahramnya, sentiasa di dalam rumah untuk
menjaga kehormatan diri mereka sendiri dan perempuan ini juga adalah merupakan perhiasan
yang sangat penting atau berharga.
Mencegah
dari timbulnya hawa nafsu dengan lawan jenis ataupun sama jenis
Secara umumnya
lelaki yang normal juga akan mudah tertarik untuk melihat perempuan yang memakai pakaian yang ketat seperti baju yang pendek, seluar yang pendek dan
sebagainya. Kebanyakkan lelaki pada masa ini juga mereka hanya menginginkan
perempuan yang sebegitu sahaja, baik cara paksaan ataupun tanpa paksaan.
Menghindari
dari fitnah atau pandangan negatif
Orang yang
gemar membuka auratnya secara terang-terangan ini juga dianggap sebagai perempuan
yang suka menggoda dan sebagainya. Untuk itu, hindarilah
dari memamakai pakaian yang boleh menjolok mata lelaki lain kerana ianya boleh
mendatangkan berbagai fitnah dan kesan negatif kepada orang lain.
Keburukkan tidak menutup aurat
Tidak menutup aurat boleh menaikkan nafsu
Orang yang suka mendedahkan auratnya itu
boleh menaikan nafsu yang tidak baik kepada lelaki lain ataupun suami orang lain kerana perkara itu sangat besar dan sulit untuk diselesaikannya. Ianya adalah
berdosa besar bagi perempuan yang mendedahkan auratnya walaupu yang bukan
mahramnya.
Perempuan yang suka memakai pakaian
seksi, sehingga menampakan dadanya
Hal sebegini ia akan di gantung dengan rantai
api neraka yang di mana dada dan pusatnya di ikat dengan api neraka dan serta
betis dan kakinya itu diberikan panggangan seperti mana manusia yang memanggang
kambing di dunia dan di api neraka ini lebih sangat memedihkan bagi perempuan.
Menampakkan sehelai rambut perempuan
Sehelai rambut perempuan yang telah dilihat oleh para lelaki yang bukan mahramnya itu dengan senghaja, balasannya adalah lebih kurang dalam 70,000 tahun di neraka. Seorang perempuan yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki iaitu ayah kandung, adik beradik lelaki, suami dan anak lelaki kandung.
Azab bagi perempuan yang membuka
rambutnya selain daripada suaminya
Rambutnya itu
akan digantungkan dengan api neraka sehingga mendidih otaknya dan ini juga
terjadi apabila sampai beberapa lama ia di dunia semasa hidupnya masih belum
menutup rambut kepalanya. Sudah pasti menutup rambut itu penting kerana doasanya
akan ditanggung oleh suaminya.
Punca tidak menutup aurat
- Imannya kurang
- Terpengaruh dengan kawan-kawan
- Ingin mengikuti 'trend' pada zaman moden ini
- Berasa panas dan rimas ketika memakai tudung
- Tidak diajar oleh ibubapa memakai tudung sejak kecil lagi
- Mereka juga mengikuti dengan budaya barat seperti orang yang bukan Islam
- Terpengaruh dengan media massa
Orang yang menjaga maruah
Apa itu dia maruah?
Maruah ialah satu budi pekerti yang mulia dan ianya juga seperti tindak
tanduk perilaku yang baik berdasarkan dari segi prinsip-prinsip Islam. Maruah juga sangat penting bagi seorang manusia. Terutama bagi perempuan, bukan tidak penting bagi lelaki tetapi perkara ini lebih diterapkan kepada perempuan kerana disanalah perempuan dinilai. Jika seorang perempuan tidak menjaga batasnya, maka maruahnya pun akan turut tercelar.
Antara-antara kepentingan
tentang menjaga maruah diri
- Untuk mendapatkan keredhaan Allah
- Untuk memelihara maruah diri sendiri dan keluarga terdekat
- Supaya terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini
Cara-cara
menjaga maruah diri sendiri dari segi pergaulan
- Memberikan salam apabila bertemu dengan saudara seagama
- Menjaga batas-batas pergaulannya yang dibenarkan oleh syarak
- Hormat-menghormati sesama orang dan berkasih sayang di antara satu sama yang lain
Cara-cara menjaga
maruah diri dari segi pakaian
- Memakai pakaian yang menuntup aurat iaitu tidak ketat dan tidak jarang
- Memakai pakaian yang sangat kemas, bersih dan sopan
- Tidak memakai pakaian yang tidak sopan ataupun yang haram untuk dipakai seperti tanda salib dan sebagainya
Cara-cara
menjaga maruah diri sendiri dari segi percakapan
- Menggunakan bahasa yang lebih sopan dan baik apabila bercakap dengan orang lain
- Bercakap haruslah yang benar dan jujur dalam setiap percakapan seharian
- Tidak menghina orang lain apabila bercakap
Akibat tidak
menjaga maruah diri sendiri
- Maruah diri sendiri dan keluarga terdekat akan tercemar
- Akan dipandang hina dan dibenci oleh orang lain
- Mendorong kepada berlakunya maksiat atau jenayah seperti rogol dan zina
Hikmat-hikmat
menjaga maruah diri sendiri
- Akan mendapatkan keberkatan dan ganjaran pahala oleh Allah
- Kehormatan diri mereka akan terpelihara
- Dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu-padu
Cara mengatasi tidak menutup aurat
- Ibubapa hendaklah sentiasa memberikan nasihat agar mereka dapat terbuka hatinya
- Mendekati diri kepada Allah supaya mereka mengikuti perintah Allah seperti menutup aurat
- Belajar untuk memakai pakaian yang labuh dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan dan memakai tudung yang menutupi bahagian dada
- Sentiasa mengadakan ceramah yang berkaitan dengan menutup aurat di setiap masjid-masjid dan surau-surau
- Jangan ambil peduli tentang percakapan orang lain
- Orang yang baru belajar menutup aurat hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar hatinya sentiasa tetap dengan iman dalam perubahan hidup
- Sentiasa menegur dengan cara yang baik dan memberi nasihat
- Sentiasa berfikiran yang positif
- Berkawan dengan yang boleh membawa ke jalan yang betul
Pendapat menutup aurat untuk melatih diri atau mengelakkan diri dari menjadi mangsa atau mengaitkan dengan faedah atau manfaat yang baik dalam mengamalkan kebaikkan dari tajuk di atas.
Pada
pendapat saya, faedah dan maafatnya itu adalah mendapat pahala, tidak menjadi
sasaran perogol, dapat mengawal hawa nafsu lelaki dan supaya dapat menjaga
maruah diri sendiri. Menutup aurat ini adalah wajib bagi Islam dan haruslah
menjaga auratnya dengan sebaik mungkin dan sempurna. Hendaklah mematuhi perintah yang
telah diberikan dan jika ia mengingkarinya maka ia akan berdosa dan akan di
pandang rendah kepada keluarganya dan orang lain.
Hadith
قَالَ
يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ
يُرَى مِنْهَا إِلاَّ هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Wahai
Asma’, sesungguhnya seorang wanita, apabila telah balig (mengalami haid), tidak
layak tampak dari tubuhnya kecuali ini dan ini (seraya menunjuk muka dan
telapak tangannya).
(HR Abu Dawud)
“Sesungguhnya wanita itu
adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
(Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)
Comments
Post a Comment